Secara umumnya,bahan bacaan merangkumi
buku,akhbar,majalah dan lain-lain lagi. Oleh itu,guru-guru sering menghadapi
masalah dalam memilih bahan bacaan untuk pelajar. Kesesuaian sesuatu bahan
bacaan itu akan mempengaruhi kejayaan bahan bacaan di sesuatu tempat. Pemilihan
bahan bacaan amat penting dan haruslah disesuaikan mengikut peringkat umur
seseorang pembaca tersebut. Ini kerana setiap buku mempunyai kosa kata bahan
bacaan yang berbeza. Contohnya,bagi kanak-kanak yang baru bermula belajar ibu
bapa mereka akan membeli buku yang bermula dengan perkataan ABC.
Setiap pelajar perlu mempunyai arah dan
hala tuju dalam memilih sesuatu bahan bacaan. Mereka boleh mendapatkan garis
panduan daripada guru-guru di sekolah mereka mahupun ibu bapa mereka. Walau
bagaimanapun,faktor-faktor untuk memilih bahan bacaan seseorang pelajar itu
akan berubah mengikut keperluan pembelajaran.
Terdapat 2 jenis bahan bacaan yang
dapat dipilih oleh pelajar iaitu bahan bacaan fiksyen dan bukan
fiksyen.Contoh-contoh bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen:
• Cerpen
• Cerita
Dongeng
• Novel
Bahan bacaan bukan fiksyen
• Sejarah
• Geografi
• Sains
• Bahasa
• Pengetahuan
Am
• Buku-buku
falsafah
Mengikut garis panduan pemilihan bahan
bacaan tambahan bagi kegunaan sekolah,terdapat beberapa kriteria yang perlu
diikuti:
i.
Bahasa
Bahan bacaan tambahan yang dipilih
haruslah bersesuaian dari segi laras dan aras bahasa mengikut keperluan dan
tahap murid.
Perkara-perkara berikut haruslah
dielakkan:
• Penggunaan
istilah yang boleh menimbulkan isu sensitif
• Penggunaan
bahasa yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.
ii.
Kandungan
iii.
Ilustrasi
Ilustrasi yang digunakan hendaklah
dapat menyokong dan menerangkan teks bagi membantu meningkatkan kefahaman
murid. Ilustrasi mestilah bersesuaian dengan aras dan keperluan murid mengikut
budaya masyarakat Malaysia.
Jenis-jenis bahan Bacaan
1. Bahan Bacaan Mekanis (Bersuara)
Membaca bersuara sering juga menggunakan nama-nama yang berbeza seperti membaca mekanis, membaca oral dan
membaca nyaring. Walau apa pun nama yang digunakan, membaca mekanis ini
merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap
dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang.
Orang yang membaca harus mempunyai
kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang
dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan
mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan
cepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.
Membaca mekanis merupakan satu keterampilan
yang serba rumit dan kompleks yang menuntut pengertian terhadap aksara di atas
halaman kertas dan memproduksi suara yang tepat dan bermakna. Dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang digunakan lebih tertumpu kepada
usaha menganalisis pengucapan (pronounciation) daripada pemahaman. Membaca
mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta
mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat.
Untuk membolehkan penguasaan membaca
nyaring atau membaca secara mekanis ini, pembaca haruslah terlebih dahulu dapat
menguasai keterampilan persepsi yang
melibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkan kita mengenal, memahami
kata-kata dengan cepat dan tepat. Aspek lain yang sama pentingnya adalah
kemampuan mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya
dengan baik dan lancar.
Bacaan bersuara ialah bacaan mekanis
yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi
dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakan alat-alat
pertuturan.
2. Bahan Bacaan Mentalis (Senyap)
Membaca senyap atau membaca dalam hati
(silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual
memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah
untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Dibandingkan dengan membaca nyaring,
membaca dalam hati atau membaca senyap adalah lebih ekonomis, dan serta dilakukan
di mana-mana sahaja.
Biasanya, membaca dalam hati atau
senyap ini melibatkan dua jenis bacaan, iaitu membaca insentif dan membaca
ekstensif. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Oleh itu, bacaan
senyap ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukar isi bacaan kepada
maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada
bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara
seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam
bacaan senyap. Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai
kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara.
3. Bahan Bacaan Intensif (Pantas dan
Imbasan)
Bacaan intensif ialah kegiatan membaca
yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama yang melibatkan telaah
isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Dua perkara yang dilibatkan
dengan bacaan insentif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa.
Dalam telaah isi ini, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca
idea adalah ditekankan.
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada
asasnya bertujuan memperkembangankan kebolehan dalam meneliti, memahami dan
mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Bacaan tersebut juga memberi
penekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan
penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang
berlainan.
Bacaan intensif boleh juga boleh dibaca
dengan pelbagai dua cara salah satunya ialah membaca pantas. Bacaan pantas
adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan
tertentu dan tujuannya adalah untuk menjimatkan masa. Walau bagaimanapun,
membaca yang terlalu pantas tidak semestinya baik. Sebaik-baiknya, kadar
kelajuan membaca haruslah disesuaikan dengan apa yang dibaca dan tujuan membaca
ketika itu.
Membaca yang dilakukan dalam keadaan
yang terlalu pantas akan menyebabkan pembaca kehilangan isi-isi penting yang
diperlukan atau gagal menggarap keseluruhan konsep yang cuba diketengahkan.
Walau bagaimanapun, membaca yang terlalu perlahan tidak pula menguntungkan
kerana hanya akan membazirkan masa. Membaca pantas hanya boleh berlaku melalui
bacaan senyap atau membaca dalam.
Ini kerana dalam bacaan kuat atau
bersuara, pembaca akan menurunkan keupayaan membaca mereka pada kadar kelajuan
bercakap. Sewaktu membaca kuat, pembaca akan melibatkan pergerakan bibir dan
lain-lain alat pengucapan manusia.
Selain daripada membaca pantas
keduannya ialah bacaan imbasan yang juga dikenali sebagai scanning adalah
kegiatan membaca yang dilakukan secara sepintas lalu. Hal ini disebut sebagai
membaca tinjauan. Biasanya.sebelum kegiatan membaca itu dilakukan, pembaca akan
meneliti terlebih dahulu bahagian-bahagian buku atau apa sahaja yang harus
ditelaah. Hal ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat awal dan gambaran
keseluruhan tentang buku tersebut sebelum ia menjadi pilihan untuk dibaca.
Membaca sepintas lalu ini melibatkan
pembaca memeriksa, meneliti indeks, melihat daftar kata yang terdapat dalam
buku tersebut. Kadang kala proses melihat-lihat, memeriksa dan meneliti
judul-judul bab juga dilakukan. Hal ini juga berlaku pada skema, rangka kasar
buku, bahagian bibliografi, kandungan prakata, pendahuluan, sinopsis, abstrak
dan sebagainya
4. Bahan Bacaan Ekstensif
Membaca ekstensif ialah kegiatan
membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu
yang singkat. Tujuan atau tuntutan kegiatan membaca ekstensif adalah untuk
memahami isi yang penting-penting dengan cepat dan ia menganjurkan aktiviti
membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara
yang berikut:
a. Membaca tinjauan (survey reading)
Membaca tinjauan (survey reading)
dilakukan sebelum kita memulakan sesuatu bacaan. Biasanya, kita akan meneliti
apa yang akan kita telaah itu terlebih dahulu. Hal ini mungkin melibatkan kita
memeriksa, meneliti indeks dan daftar kata yang terdapat dalam buku-buku
tersebut atau mungkin kita akan melihat-lihat atau meneliti judul, bab, rangka
besar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan
menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.
b. Membaca sekilas (skimming)
Membaca sekilas (skimming) adalah
sejenis kegiatan membaca yang melibatkan mata bergerak dengan cepat melihat,
memperhatikan bahan-bahan bertulis untuk mencari dan mendapatkan maklumat dan
penerangan.
Skimming adalah satu bentuk kegiatan
membaca yang dilakukan secara sekilas pandang. Biasanya, melalui proses skimming,
mata bergerak dengan cepat, melihat memerhatikan bahan bertulis untuk
mendapatkan maklumat atau penerangan dengan serta-merta.
Satu daripada tujuan membaca sekilas
adalah untuk mendapatkan kesan umum daripada sesebuah teks yang akan ditelaah.
Pembaca mungkin akan melakukannya dengan jalan meneliti halaman judul, kata
pengantar, daftar isi, gambar dan diagram, indeks dan sebagainya. Daripada
tindakan begini, pembaca akan mendapat satu pandangan atau gambaran yang lebih
baik dengan mempelajari sifat, hakikat dan jangkauan buku tersebut, susunan dan
organisasinya.
Satu lagi tujuan membaca sekilas adalah
untuk menemukan hal-hal tertentu. Lazim juga digunakan untuk menemukan
bahan-bahan daripada pusat sumber atau perpustakaan. Membaca sekilas merupakan
satu keterampilan yang sangat berfaedah sekiranya tidak disalahgunakan.
Sekiranya kita dapat menggunakan dengan bijaksana, iaitu menggunakannya secara
tepat dan cerdas, kita akan kagum betapa banyaknya maklumat dan fakta yang
boleh perolehi dalam satu jangka masa yang singkat.
c. Membaca dangkal (superticial
reading)
Membaca dangkal yang disebutkan juga
sebagai superficial reading adalah bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang
dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan bacaan.
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti–aktiviti membaca
yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya menitikberatkan aspek
pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan,
meningkatkan kepantasan membaca. Membina dan mengukuhkan minat membaca dan kebolehan
memetik isi-isi penting.
5. Bahan Bacaan Rekreasi
Membaca rekreasi adalah satu lagi
bentuk kegiatan membaca yang tidak melibatkan perahan otak yang begitu serius.
Bacaan jenis ini adalah untuk tujuan bersenang-senang dan dilakukan dalam
keadaan bersantai. Bahan-bahan bacaannya adalah yang terdiri daripada
bahan-bahan ringan yang dapat merangsang kepuasan dan menghiburkan. Lazimnya
bahan-bahan yang dibaca ialah komik, cerita-cerita pendek, informasi tertentu,
berita, bahan sastera dan pelbagai bentuk pengetahuan yang menyenangkan.
6. Bahan Bacaan Kritis
Bacaan kritis ialah kegiatan membaca
yang dilakukan secara bijaksana, penuh ketelitian, mendalam, evaluatif serta
analitis. Bacaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada kesalahan-kesalahan atau
kelemahan yang terdapat dalam bahan-bahan yang dibaca. Membaca kritis biasanya
berdasarkan keupayaan memahami yang tinggi.
Proses bemula dengan penggalian yang
mendalam di bawah permukaan untuk menemukan bukan hanya keseluruhan kebenaran
tentang apa yang diperkatakan, tetapi juga menemukan alasan-alasan mengapa
penulis mengetengahkan perkara yang dibincangkan itu.
No comments:
Post a Comment