web stats

Tuesday, May 6, 2014

BELAJAR MEMBACA

Membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna melalui interaksi para pembaca dengan bahan bacaannya. Proses ini sangat berkait rapat dengan proses penglihatan. Menurut Marohaini Yusoff(1989), proses membaca ini sebagai satu perlakuan yang kompleks dan sukar untuk diperhatikan.  Oleh hal yang demikian, banyak kaedah yang boleh digunakan dalam proses membaca ini.



Antara proses untuk belajar membaca ialah :

    I.        Pelajar perlu mengenal pasti setiap huruf dan perkataan yang terdapat dalam teks bacaannya.
 II.        Selepas itu, pelajar hendaklah cuba untuk memahami teks yang dibaca.
III.        Akhir sekali, pelajar hendaklah mengenalpasti lambang-lambang perkataan yang dilihat dalam teks dan membuat perkaitan antara lambang yang ditunjukkan dengan bunyi atau dengan makna yang tertentu.


Selain itu juga, terdapat beberapa strategi dalam belajar membaca. Antara strategi tersebut ialah :

A.   Seseorang pembaca hendalah mempunyai motivasi dan tujuannya yang tersendiri.
B.    Pembaca hendaklah bijak dalam mencari bahan bacaan yang mudah difahami.
C.    Pembaca juga perlu membuat semakan ringkas menyeluruh terhadap bahan yang dibaca.


No comments:

Post a Comment