Tuesday, May 6, 2014
DEFINISI MEMBACA
Definisi yang diberikan oleh Smith & Johnson (1980)
lebih berkait dengan proses membaca sebagai satu proses komunikasi antara
pembaca dan penulis. Membaca menurut meraka ialah proses memahami apa yang dimaksudkan
oleh penulis menerusi bahan yang dihasilkannya dalam bentuk paparan bertulis.
Keupayaan membaca ialah keupayaan membuat tanggapan terhadap apa yang ingin
dimaksudkan oleh penulis. Definisi ini ialah sepadan dengan definisi yang
dikemukakan oleh Safiah Othman (1991), iaitu selagi seseorang tidak memahami
apa yang dibaca maka dia belum lagi membaca. Definisi ini bermaksud pemberian
makna terhadap bahan yang dibaca adalah penting bagi mengatakan bahawa
seseorang itu berkeupayaan membaca atau mempunyai kemahiran membaca. Selagi
beliau mempunyai masalah dalam proses memberi makna ini, maka selagi itulah
beliau belum membaca.
Harris dan Sipay (1980) dalam memberikan definisi membaca
menegaskan keperluan seseorang itu perlu mahir atau dapat membaca lambang-lambang
bercetak bagi memberikan makna terhadap lambang yang dibacanya. Definisilah
yang banyak digunakan bagi mengukur keupayaan seseorang, sama ada dia “celik
huruf” atau “buta huruf”. Seseorang yang dapat membaca menurut definisi Harris
dan Sipay ini ialah orang yang dapat membezakan antara lambang yang bertulis
dalam sesuatu bentuk tulisan tertentu dan lambang yang bukan bertulis, iaitu
dalam bentuk lukisan bagi mengungkap sesuatu objek atau konsep tertentu. Namun
demikian, banyak tulisan yang terdapat di dunia ini adalah merupakan lambang
lukisan yang dipermudahkan. Sebagai contoh aksara Cina, Jepun, Korea dan
beberapa lagi sistem tulisan pelbagai aksara di dunia ini merupakan lambang
lukisan yang mewakili sesuatu objek atau konsep yang ingin dimaksudkan. Lukisan
tersebut kemudiannya menjadi lambang dalam sistem penulisan yang tekal dan
diikuti oleh pengguna bahasa tersebut sehingga ke hari ini.
Seterusnya definisi yang diungkapkan oleh Goodman
(1973) pula terdapat sedikit perbezaan daripada definisi yang dikemukakan oleh
ketiga-tiga tokoh diatas. Goodman telah membuat kajian tentang kebolehbacaan,
iaitu bagi merungkai persoalan sejauhmanakah sesuatu bahan tersebut dapat
dibaca oleh seseorang pelajar membaca. Goodman pernah menyatakan bahawa membaca
adalah satu permainan teka-teki. Hal ini bermaksud, pembaca seolah-olah
bertka-teki dengan bahan bercetak yang
dibacanya. Maksudnya disini pembaca tidak semestinya mengetahui ungkapan
kata-kata yang terdapat pada bahan yang dibacanya, tetapi beliau membuat tekaan
terhadap sesuatu perkataan itu berdasarkan maksud yang palinh hampir dengan
perkataan yang beliau tidak pasti.
Selain itu, definisi lain ialah definisi yang
dikemukan oleh Mahzan (2003) menegaskan bahawa membaca ialah proses membina
jambatan antara apa yang terdapat dipermukaan penulis dengan apa yang terdapat
di minda pembaca. Definisi ini dikemukan berdasarkan satu teori bacaan yang
amat berpengaruh sekitar tahun 1990-an iaitu teori skema. Teori ini menyatakan
bahawa seseorang hidup dengan mengumpul seberapa banyak maklumat di dalam
mindanya berlandaskan apa sahaja pengalaman yang dihadapi dalam hidupnya ini.
Pengalaman latar ini akan kekal dalam mindanya dan digunakan bagi memperkayakan
lagi mindanya dengan pengalaman yang baru. Semakin banyak pengalaman latar yang
dikumpul, semakin kayalah mindanya. Pepatah melayu ada mengatakan, semakin jauh
perjalanan, semakin luas pengalaman. Perjalanan bukan sahaja bermaksud dalam
jarak atau lokasi dan tempat, tetapi pengalaman juga diperolehi menerusi pelbagai
peristiwa yang dilalui.
Proses membaca menurut Mahzan ialah proses mengaitkan
apa yang terdapat dalam minda seseorang dengan apa yang dibacanya dipermukaan
bertulis. Semakin banyak yang diketahui tentang isu yang diungkap dalam bahan
bertulis, semakin mudahlah beliau memahami apa yang dibaca.
PENTAKSIRAN MEMBACA
Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai
kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau
yang diperolehi seseorang pelajar bacaan setelah mengalami proses
pengajaran dan pembelajaran. Kesahihan bukti yang digunakan bagi proses
penaksiran sangat bergantung pada sejauh mana guru berupaya mengkuantifikasikan
dengan tepat kewujudan atribut atau ciri penguasaan pelajar yang digunakan
sebagai asas penaksiran Pengukuran pula merupakan suatu proses kuantifikasi
dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran membaca, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu
kemahiran membaca yang diajarkan oleh guru pada pelajar dikuantifikasikan
dengan memberi skor ujian yang boleh digunakn untuk mentafsir matlamat dan
objektif pembelajaran bacaan.
pentaksiran, ia boleh
dibahagikan kepada 4 kategori, iaitu :
Pentaksiran Berasaskan
Prestasi.
Pentaksiran kategori ini sama dengan pentaskiran sumatif kerana ia
berfokuskan pencapaian. Biasanya ia berkait dengan pentaksiran berasaskan
standard yang menggunakan tindak balas yang bebas berasaskan soalan-soalan yang
standard. Tugasan yang diberikan itu didefinisikan dengan sempurna dan murid
diarahkan mencipta, penghasilkan atau melakukan sesuatu, biasanya ia melibatkan
aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam dunia sebenar. Prestasi murid diukur
daripada produk yang dihasilkan seperti mengecat, portfolio, pameran, atau
kemungkinan sesuatu persembahan seperti ucapan, kemahiran atlit, muzik dan
membaca.
Pentaksiran Internal dan
Eksternal.
Pentaksiran internal ditentukan dan disemak oleh sekolah (guru).
Murid mendapat markah dan maklum balas daripada pentaksiran yang telah dibuat.
Pentaksiran eksternal pula ditentukan oleh sesuata badana tau sindiket seperti
Majlis Peperiksaan Malaysia. Kertas pentaksiran ditandakan oleh pakar dari
luar. Murid hanya mendapat markah pentaksiran sahaja dan mereka tidak
dimaklumkan tentang kelemahan mereka.
Pentaksiran Sumatif.
Pentaksiran sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesuatu kursus atau projek.
Dalam pendidikan, pentaksiran sumatif digunakan untuk memberikan gred kursus
yang diambil kepada pelajar.
Pentaksiran formatif.
Pentaksiran formatif biasanya diberikan kepada murid sepanjang sesuatu kursus atau
projek. Pentaskiran formatif juga merujuk kepada pentaksiran pembelajaran,
iaitu sebagai salah satu strategi membantu murid belajar. Dalam pendidikan,
pentaksiran formatif ini mungkin berlaku kepada guru atau murid, memberikan
maklum balas terhadap kerja murid, dan tidak semestinya dengan memberikan gred
kerana tujuan pentaksiran jenis ini bukan untuk membandingkan pencapaian murid.
PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA
i.
Abjad / huruf
• Kaedah yang paling biasa digunakan dalam
mengajar mengeja dan membaca perkataan.
• Kaedah ini memerlukan kanak-kanak untuk
mengenal nama huruf dari a-z. kemudian kanak-kanak diajar mengenali huruf vokal
a, e, i, o, u, huruf konsonan dan diftong ai, au, dan oi.
• Selepas itu, bunyi-bunyi huruf diperkenalkan
dan huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya
perkataan.
1. sesuai dengan binaan perkataan bahasa
Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
2. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak
mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajari.
3. Memberi
asas yang kukuh dalam membaca.
ii.
Pandang dan sebut / seluruh perkataan
• Kaedah
ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris.
• Melalui kaedah ini, pengajaran membaca
adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa digunakan seharian yang
membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, tidur, main, emak,
ayah dan sebagainya.
• Guru akan memperkenalkan beberapa
perkataan dahulu dan diulang berkali-kali menyebutnya. Kebiasaannya, perkataan
tersebut disertakan dengan gambar dan mengandaikan bahawa murid belajar secara
pandang (visual).
• Kaedah
ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.
• Guru digalakkan menggunakan kaedah fonik
iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi sekiranya murid tidak dapat
menyebut perkataan tertentu.
iii. Fonek / bunyi
• Kaedah
ini adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru.
• Kaedah
ini menekankan hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya.
• Kaedah ini sesuai digunakan kerana susuk
bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
• Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf
yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan
seterusnya membunyikan perkataan.
• Dalam
bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan. Contohnya;
1. a
disebut aa
2. b
disebut be
3. c
disebut ce
• Dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku
kata yang lain. Sebagai contohnya ka + ki terus disebut sebagai [ka] + [ki] dan
seterusnya disebut sebagai [kaki].
iv.
Gabungan bunyi – kata (dari nama huruf
dan bunyi kepada perkataan)
• Diperkenalkan
oleh Professor Isahak Haron.
• Dalam kaedah ini, pelajar diajar langkah
demi langkah, mulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad)
dan bentuk huruf.
• Kemudian,
mereka membina suku kata dan seterusnya perkataan.
• Latih
tubi mengeja adalah perlu berdasarkan perkataan pelbagai deria.
PEMILIHAN BAHAN BACAAN
Secara umumnya,bahan bacaan merangkumi
buku,akhbar,majalah dan lain-lain lagi. Oleh itu,guru-guru sering menghadapi
masalah dalam memilih bahan bacaan untuk pelajar. Kesesuaian sesuatu bahan
bacaan itu akan mempengaruhi kejayaan bahan bacaan di sesuatu tempat. Pemilihan
bahan bacaan amat penting dan haruslah disesuaikan mengikut peringkat umur
seseorang pembaca tersebut. Ini kerana setiap buku mempunyai kosa kata bahan
bacaan yang berbeza. Contohnya,bagi kanak-kanak yang baru bermula belajar ibu
bapa mereka akan membeli buku yang bermula dengan perkataan ABC.
Setiap pelajar perlu mempunyai arah dan
hala tuju dalam memilih sesuatu bahan bacaan. Mereka boleh mendapatkan garis
panduan daripada guru-guru di sekolah mereka mahupun ibu bapa mereka. Walau
bagaimanapun,faktor-faktor untuk memilih bahan bacaan seseorang pelajar itu
akan berubah mengikut keperluan pembelajaran.
Terdapat 2 jenis bahan bacaan yang
dapat dipilih oleh pelajar iaitu bahan bacaan fiksyen dan bukan
fiksyen.Contoh-contoh bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen:
• Cerpen
• Cerita
Dongeng
• Novel
Bahan bacaan bukan fiksyen
• Sejarah
• Geografi
• Sains
• Bahasa
• Pengetahuan
Am
• Buku-buku
falsafah
Mengikut garis panduan pemilihan bahan
bacaan tambahan bagi kegunaan sekolah,terdapat beberapa kriteria yang perlu
diikuti:
i.
Bahasa
Bahan bacaan tambahan yang dipilih
haruslah bersesuaian dari segi laras dan aras bahasa mengikut keperluan dan
tahap murid.
Perkara-perkara berikut haruslah
dielakkan:
• Penggunaan
istilah yang boleh menimbulkan isu sensitif
• Penggunaan
bahasa yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia.
ii.
Kandungan
iii.
Ilustrasi
Ilustrasi yang digunakan hendaklah
dapat menyokong dan menerangkan teks bagi membantu meningkatkan kefahaman
murid. Ilustrasi mestilah bersesuaian dengan aras dan keperluan murid mengikut
budaya masyarakat Malaysia.
Jenis-jenis bahan Bacaan
1. Bahan Bacaan Mekanis (Bersuara)
Membaca bersuara sering juga menggunakan nama-nama yang berbeza seperti membaca mekanis, membaca oral dan
membaca nyaring. Walau apa pun nama yang digunakan, membaca mekanis ini
merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap
dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang.
Orang yang membaca harus mempunyai
kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang
dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan
mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan
cepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.
Membaca mekanis merupakan satu keterampilan
yang serba rumit dan kompleks yang menuntut pengertian terhadap aksara di atas
halaman kertas dan memproduksi suara yang tepat dan bermakna. Dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang digunakan lebih tertumpu kepada
usaha menganalisis pengucapan (pronounciation) daripada pemahaman. Membaca
mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta
mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat.
Untuk membolehkan penguasaan membaca
nyaring atau membaca secara mekanis ini, pembaca haruslah terlebih dahulu dapat
menguasai keterampilan persepsi yang
melibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkan kita mengenal, memahami
kata-kata dengan cepat dan tepat. Aspek lain yang sama pentingnya adalah
kemampuan mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya
dengan baik dan lancar.
Bacaan bersuara ialah bacaan mekanis
yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi
dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakan alat-alat
pertuturan.
2. Bahan Bacaan Mentalis (Senyap)
Membaca senyap atau membaca dalam hati
(silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual
memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah
untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Dibandingkan dengan membaca nyaring,
membaca dalam hati atau membaca senyap adalah lebih ekonomis, dan serta dilakukan
di mana-mana sahaja.
Biasanya, membaca dalam hati atau
senyap ini melibatkan dua jenis bacaan, iaitu membaca insentif dan membaca
ekstensif. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Oleh itu, bacaan
senyap ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukar isi bacaan kepada
maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan senyap lebih pantas daripada
bacaan bersuara kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan bersuara
seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam
bacaan senyap. Bacaan senyap ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai
kemahiran dan kecekapan bacaan bersuara.
3. Bahan Bacaan Intensif (Pantas dan
Imbasan)
Bacaan intensif ialah kegiatan membaca
yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama yang melibatkan telaah
isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Dua perkara yang dilibatkan
dengan bacaan insentif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa.
Dalam telaah isi ini, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca
idea adalah ditekankan.
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada
asasnya bertujuan memperkembangankan kebolehan dalam meneliti, memahami dan
mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Bacaan tersebut juga memberi
penekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan
penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang
berlainan.
Bacaan intensif boleh juga boleh dibaca
dengan pelbagai dua cara salah satunya ialah membaca pantas. Bacaan pantas
adalah satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dengan kadar kelajuan
tertentu dan tujuannya adalah untuk menjimatkan masa. Walau bagaimanapun,
membaca yang terlalu pantas tidak semestinya baik. Sebaik-baiknya, kadar
kelajuan membaca haruslah disesuaikan dengan apa yang dibaca dan tujuan membaca
ketika itu.
Membaca yang dilakukan dalam keadaan
yang terlalu pantas akan menyebabkan pembaca kehilangan isi-isi penting yang
diperlukan atau gagal menggarap keseluruhan konsep yang cuba diketengahkan.
Walau bagaimanapun, membaca yang terlalu perlahan tidak pula menguntungkan
kerana hanya akan membazirkan masa. Membaca pantas hanya boleh berlaku melalui
bacaan senyap atau membaca dalam.
Ini kerana dalam bacaan kuat atau
bersuara, pembaca akan menurunkan keupayaan membaca mereka pada kadar kelajuan
bercakap. Sewaktu membaca kuat, pembaca akan melibatkan pergerakan bibir dan
lain-lain alat pengucapan manusia.
Selain daripada membaca pantas
keduannya ialah bacaan imbasan yang juga dikenali sebagai scanning adalah
kegiatan membaca yang dilakukan secara sepintas lalu. Hal ini disebut sebagai
membaca tinjauan. Biasanya.sebelum kegiatan membaca itu dilakukan, pembaca akan
meneliti terlebih dahulu bahagian-bahagian buku atau apa sahaja yang harus
ditelaah. Hal ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat awal dan gambaran
keseluruhan tentang buku tersebut sebelum ia menjadi pilihan untuk dibaca.
Membaca sepintas lalu ini melibatkan
pembaca memeriksa, meneliti indeks, melihat daftar kata yang terdapat dalam
buku tersebut. Kadang kala proses melihat-lihat, memeriksa dan meneliti
judul-judul bab juga dilakukan. Hal ini juga berlaku pada skema, rangka kasar
buku, bahagian bibliografi, kandungan prakata, pendahuluan, sinopsis, abstrak
dan sebagainya
4. Bahan Bacaan Ekstensif
Membaca ekstensif ialah kegiatan
membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyak mungkin teks dalam jangka waktu
yang singkat. Tujuan atau tuntutan kegiatan membaca ekstensif adalah untuk
memahami isi yang penting-penting dengan cepat dan ia menganjurkan aktiviti
membaca yang berkesan. Membaca ekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara
yang berikut:
a. Membaca tinjauan (survey reading)
Membaca tinjauan (survey reading)
dilakukan sebelum kita memulakan sesuatu bacaan. Biasanya, kita akan meneliti
apa yang akan kita telaah itu terlebih dahulu. Hal ini mungkin melibatkan kita
memeriksa, meneliti indeks dan daftar kata yang terdapat dalam buku-buku
tersebut atau mungkin kita akan melihat-lihat atau meneliti judul, bab, rangka
besar, kandungan dan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan
menentukan tepat atau tidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.
b. Membaca sekilas (skimming)
Membaca sekilas (skimming) adalah
sejenis kegiatan membaca yang melibatkan mata bergerak dengan cepat melihat,
memperhatikan bahan-bahan bertulis untuk mencari dan mendapatkan maklumat dan
penerangan.
Skimming adalah satu bentuk kegiatan
membaca yang dilakukan secara sekilas pandang. Biasanya, melalui proses skimming,
mata bergerak dengan cepat, melihat memerhatikan bahan bertulis untuk
mendapatkan maklumat atau penerangan dengan serta-merta.
Satu daripada tujuan membaca sekilas
adalah untuk mendapatkan kesan umum daripada sesebuah teks yang akan ditelaah.
Pembaca mungkin akan melakukannya dengan jalan meneliti halaman judul, kata
pengantar, daftar isi, gambar dan diagram, indeks dan sebagainya. Daripada
tindakan begini, pembaca akan mendapat satu pandangan atau gambaran yang lebih
baik dengan mempelajari sifat, hakikat dan jangkauan buku tersebut, susunan dan
organisasinya.
Satu lagi tujuan membaca sekilas adalah
untuk menemukan hal-hal tertentu. Lazim juga digunakan untuk menemukan
bahan-bahan daripada pusat sumber atau perpustakaan. Membaca sekilas merupakan
satu keterampilan yang sangat berfaedah sekiranya tidak disalahgunakan.
Sekiranya kita dapat menggunakan dengan bijaksana, iaitu menggunakannya secara
tepat dan cerdas, kita akan kagum betapa banyaknya maklumat dan fakta yang
boleh perolehi dalam satu jangka masa yang singkat.
c. Membaca dangkal (superticial
reading)
Membaca dangkal yang disebutkan juga
sebagai superficial reading adalah bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang
dangkal yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan bacaan.
Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti–aktiviti membaca
yang dilakukan di luar kelas. Bacaan ekstensif biasanya menitikberatkan aspek
pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran memaham dan menaakul isi bacaan,
meningkatkan kepantasan membaca. Membina dan mengukuhkan minat membaca dan kebolehan
memetik isi-isi penting.
5. Bahan Bacaan Rekreasi
Membaca rekreasi adalah satu lagi
bentuk kegiatan membaca yang tidak melibatkan perahan otak yang begitu serius.
Bacaan jenis ini adalah untuk tujuan bersenang-senang dan dilakukan dalam
keadaan bersantai. Bahan-bahan bacaannya adalah yang terdiri daripada
bahan-bahan ringan yang dapat merangsang kepuasan dan menghiburkan. Lazimnya
bahan-bahan yang dibaca ialah komik, cerita-cerita pendek, informasi tertentu,
berita, bahan sastera dan pelbagai bentuk pengetahuan yang menyenangkan.
6. Bahan Bacaan Kritis
Bacaan kritis ialah kegiatan membaca
yang dilakukan secara bijaksana, penuh ketelitian, mendalam, evaluatif serta
analitis. Bacaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada kesalahan-kesalahan atau
kelemahan yang terdapat dalam bahan-bahan yang dibaca. Membaca kritis biasanya
berdasarkan keupayaan memahami yang tinggi.
Proses bemula dengan penggalian yang
mendalam di bawah permukaan untuk menemukan bukan hanya keseluruhan kebenaran
tentang apa yang diperkatakan, tetapi juga menemukan alasan-alasan mengapa
penulis mengetengahkan perkara yang dibincangkan itu.
MASALAH MEMBACA
Masalah dalam membaca ini
semakin hari semakin membimbangkan kerana terdapat segelintir pelajar yang
belum tahu membaca walaupun sudah memcapai usia yang sepatutnya. Keadaan ini
bukan sahaja berlaku di sekolah rendah tetapi juga turut berlaku di sekolah
menengah. Masalah yang berlaku ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu umur
akal dan umur biologi. Umur akal ini ialah istilah yang digunakan bagi pelajar
yang tidak dapat membaca pada usia yang sepatutnya yang berdasarkan umur biologi
atau dengan kata lain umur seseorang pelajar yang diukur berdasarkan kurikulum
rasmi pendidikan di sekolah sebagai contoh tahun satu. Seterusnya, umur biologi
ialah umur yang dikira sejak seseorang itu lahir lagi.
Menurut Mahzan Arshad,(2009),
terdapat dua faktor yang menyebabkan masalah membaca. Faktor tersebut ialah
faktor dalaman dan juga faktor luaran. Bagi faktor dalaman, faktor yang
terlibat ialah faktor fizikal dan juga faktor neorologikal. Antara kecacatan
fizikal yang mempengaruhi keupayaan membaca ialah :
a) Masalah atau kecacatan penglihatan
Dalam keadaan ini, terdapat
banyak punca yang
akan menganggu keupayaan membaca. Antara punca
tersebut ialah juling, rabun jauh, rabun dekat, Amblyopiks
dan juga Astigmatism. Punca-punca ini yang
mendatangkan masalah kepada kanak-kanak khasnya
untuk menggunakan penglihatan mereka untuk aktiviti
membaca. Masalah yang timbul pada peringkat awal ini
yang akan mendatangkan masalah yang teruk pada
proses mendekod.
akan menganggu keupayaan membaca. Antara punca
tersebut ialah juling, rabun jauh, rabun dekat, Amblyopiks
dan juga Astigmatism. Punca-punca ini yang
mendatangkan masalah kepada kanak-kanak khasnya
untuk menggunakan penglihatan mereka untuk aktiviti
membaca. Masalah yang timbul pada peringkat awal ini
yang akan mendatangkan masalah yang teruk pada
proses mendekod.
b) Masalah pertuturan
Dalam masalah
pertuturan, punca utama yang menjadi penyebab kepada masalah ini ialah masalah
tumbesaran, pendengaran, masalah dalam pertumbuhan kerongkong, masalah sumbing
dan juga kecederaan pada otak sama ada kecederaan yang serius ataupun tidak.
Walau bagaimanapun, masalah-masalah ini tidak akan mengakibatkan keupayaan
membaca dan sekiranya terdapat kesan sekalipun tetapi kesan tersebut hanya
kepada psikologi sahaja.
c) Masalah pendengaran
Masalah pendengaran ini akan menyebabkan pelajar
menghadapi kesukaran yang amat dalam menuntut ilmu. Walau bagaimanapun, masalah
pendengaran yang ringan boleh dirawat melalui rawatan yang sesuai. Pelajar yang
menghadapi ini akan berhadapan dengan kesukaran dalam membezakan bunyi konsonan
dan juga bunyi vokal. Dalam masalah pendengaran ini, terdapat dua jenis
kecacatan iaitu kecacatan sementara dan juga kecacatan kekal. Kecacatan
pendengaran yang sementara ini boleh dirawat dengan cara membersihkan telinga
dan juga mengambil antibiotik. Seterusnya, kecacatan pendengaran yang kekal ini
pula perlu merujuk kepada doktor-doktor yang lebih pakar untuk membolehkan
rawatan yang sempurna diberikan kepada para pelajar.
Faktor dalaman
yang seterusnya ialah faktor neurologikal. Faktor ini juga turut menyebabkan
masalah dalam membaca. Terdapat beberapa faktor yang terdapat dalam faktor
neurologikal iaitu :
a.
Faktor keturunan
Masalah faktor ini dapat diatasi dengan cara mengubah
sikap ibu bapa para pelajar. Sebagai contoh ibu bapa menunjukkan minat mereka
terhadap bahan bacaan dan berminat terhadap kejayaan anak-anak mereka dalam
pelajaran. Selain itu, ibu bapa juga boleh menunjukkan model bahasa kepada
anak-anak mereka.
Faktor ini terjadi apabila pelajar yang gagal atau
tidak tahu membaca akan mempunyai rasa rendah diri, terasing, tidak
bermotivasi, kecewa, malas, gagal dan sebagainya.
c. Faktor Kerosakan Otak
Faktor kerosakan otak ini adalah disebabkan oleh
kecederaan, penyakit atau bahan toksik yang telah mencemarkan otak atau di
bahagian otak.
d.
Faktor Disleksia
Faktor diskleksia ialah satu gangguan dalam
pembelajaran yang dialami oleh seorang kanak-kanak sejak kecil lagi dan keadaan
ini berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Terdapat segelintir pengidap
penyakit disleksia ini mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang
dan kesukaran untuk mengikuti urutan perkataan seperti nama bulan, urutan hari
dan juga sifir.
Terdapat faktor
yang tergolong dalam faktor luaran. Antara faktor tersebut itu ialah :
i.
Faktor persekitaran
Dalam faktor persekitaran, persekitaran di rumah
memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kebolehan membaca
seseorang. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosiobudaya,
pendapatan ahli keluarga, kestabilan emosi, corak interaksi dan juga komunikasi
serta sikap seseorang atau ibu bapa terhadap pembelajaran. Ibu bapa seharusnya
menjadi model dalam tingkah laku, tabiat dan suka membaca. Keluarga juga
memainkan peranan dalam memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak mereka
sebagai contoh mereka boleh menyediakan bahan bacaan yang boleh menarik minat
anak-anak untuk membaca di rumah. Hal ini demikian kerana penyediaan bahan
bacaan ini boleh mempengaruhi minat membaca anak-anak. Persekitaran di sekolah
juga memainkan peranan penting dalam memupuk minat membaca dalam kalangan
murid-murid. Tingkah laku guru di dalam kelas juga amat mempengaruhi kebolehan
mambaca para pelajar. Sebagai contoh, guru perlu menyediakan bahan bacaan yang
sesuai, jenis soalan yang baik dan memberi dorongan serta pengukuhan kepada
para pelajarnya.
Langkah untuk
mengatasi masalah dalam membaca :
1.
Mengadakan ujian saringan dan ujian diagnostik
Ujian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti
masalah yang dihadapi oleh para pelajar. Fungsi ujian saringan ini ialah untuk
mengetahui tahada dan pencapaian para pelajar dalam kemahiran membaca.
Seterusnya, fungsi ujian diagnostik ialah untuk mengenal pasti simptom
psikologi, fizikal, psikososial dan persekitaran yang ditunjukkan oleh pelajar
yang berkenaan yang berkaitan dengan masalah pembelajaran khususnya dalam
membaca.
2. Program kelas intervensi awal Membaca dan Menulis
(KIA2M)
Program ini bertujuan untuk membantu
para pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa
Melayu pada usia 7 tahun iaitu pada tahun satu.
3. Literasi,
numerasi dan saringan (LINUS)
Program ini dirancang dan dibentuk sebagai
penambaikan progaram yang tersedia ada iaitu KIA2M. Ini bertujuan untuk
memastikan semua pelajar Tahun satu dapat menguasai asas membaca, menulis dan
mengira.
Subscribe to:
Posts (Atom)